WEBINAR Kesejahteraan Kendiri - Anak Lambat Cakap Sebab Gadget Bahaya Screen Time Ramai Mak Ayah Tak Tau (W156)

21 Jun 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Jun 2026, Sabtu – Seorang peserta wanita dari komuniti setempat telah menyertai sesi tontonan rakaman webinar bertajuk “Anak Lambat Cakap Sebab Gadget? Bahaya ‘Screen Time’ Yang Ramai Mak Ayah Tak Sedar!” di NADI Bengoh, bermula jam 2.00 petang.

Program di bawah inisiatif NADI Kesejahteraan Kendiri ini menampilkan perkongsian daripada Mr. Teow Chean Khai, Presiden Malaysia Educational Psychology Society (MEPS), yang membincangkan kesan penggunaan gajet secara berlebihan terhadap perkembangan kanak-kanak, khususnya dari aspek pertuturan, bahasa, komunikasi dan tingkah laku.

Melalui sesi tersebut, peserta didedahkan kepada kepentingan mengawal tempoh penggunaan telefon pintar, tablet dan televisyen dalam kalangan kanak-kanak. Penceramah turut menjelaskan bahawa penggunaan gajet tanpa pemantauan yang berlebihan boleh mengurangkan interaksi sosial dan komunikasi dua hala yang penting dalam proses perkembangan bahasa anak-anak.

Selain itu, peserta turut memperoleh pengetahuan mengenai tanda-tanda awal kelewatan pertuturan, langkah-langkah yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk mengurangkan risiko tersebut, serta kaedah mewujudkan persekitaran yang lebih kondusif bagi perkembangan komunikasi kanak-kanak.

Program ini berjaya meningkatkan kesedaran peserta tentang kepentingan keseimbangan penggunaan teknologi dalam kehidupan seharian dan peranan ibu bapa dalam memastikan perkembangan anak-anak berlaku secara sihat dan menyeluruh. Diharapkan ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan untuk membantu membentuk generasi yang lebih sihat dari segi perkembangan emosi, sosial dan komunikasi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali